Sebuah Forum Khas akan dianjurkan di Pulau Pinang berkenaan dengan Penubuhan 'Lembaga Pengurus Sekolah' bagi sekolah-sekolah Tamil. Forum ini akan berlangsung pada Hari Ahad 12/02/2012 yang akan bermula pada pukul 3.30 petang di Tingkat 1, Restoran Nasi Kandar Pelita, Autocity Juru, Pulau Pinang.
Kami menjemput Persatuan-persatuan bekas murid sekolah Tamil,
Pengerusi-pengersui serta ahli-ahli PIBG, Ibu-Bapa,
Pertubuhan-pertubuhan Awam (NGO) dan orang awam untuk menghadiri forum
yang penuh bermakna ini.
Kami berharap dengan wujudnya 'Lembaga Pengurus
Sekolah' di setiap sekolah Tamil, sekolah-sekolah Tamil akan dapat terus
maju kearah pembangunan seperti sekolah-sekolah Cina.
Kami mengalu-alukan orang ramai mengambil bahagian dalam Lembaga secara aktif demi masa depan anak-anak kita.
Hidup Sekolah Tamil!
- Sila rujuk risalah dibawah untuk maklumat
lanjut. Sila sebarkan berita ini kepada kawan-kawan anda khususnya yang
berada di Negeri Pulau Pinang, Kedah dan Utara Perak.
No comments:
Post a Comment