Showing posts with label Risalah. Show all posts
Showing posts with label Risalah. Show all posts

Saturday, 11 February 2012

Forum Khas 'Lembaga Pengurus Sekolah'


Sebuah Forum Khas akan dianjurkan di Pulau Pinang berkenaan dengan Penubuhan 'Lembaga Pengurus Sekolah' bagi sekolah-sekolah Tamil. Forum ini akan berlangsung pada Hari Ahad 12/02/2012 yang akan bermula pada pukul 3.30 petang di Tingkat 1, Restoran Nasi Kandar Pelita, Autocity Juru, Pulau Pinang. Kami menjemput Persatuan-persatuan bekas murid sekolah Tamil, Pengerusi-pengersui serta ahli-ahli PIBG, Ibu-Bapa, Pertubuhan-pertubuhan Awam (NGO) dan orang awam untuk menghadiri forum yang penuh bermakna ini. 

Kami berharap dengan wujudnya 'Lembaga Pengurus Sekolah' di setiap sekolah Tamil, sekolah-sekolah Tamil akan dapat terus maju kearah pembangunan seperti sekolah-sekolah Cina.
Kami mengalu-alukan orang ramai mengambil bahagian dalam Lembaga secara aktif demi masa depan anak-anak kita.

Hidup Sekolah Tamil!

- Sila rujuk risalah dibawah untuk maklumat lanjut. Sila sebarkan berita ini kepada kawan-kawan anda khususnya yang berada di Negeri Pulau Pinang, Kedah dan Utara Perak.