Wednesday 11 April 2012

Forum Sekolah Tamil 2012



Pada 7hb April 2012 (Sabtu) Tamil Foundation Malaysia telah menganjurkan ‘Forum Sekolah Tamil’ yang bertemakan ‘Kembali kepada asas dan Menuju ke arah Kecemerlangan’ di Dewan Perdana Siswa, Universiti Malaya. Forum ini mendapat kunjungan seramai 500 orang yang terdiri daripada profesor-profesor, pensyarah-pensyarah dari institusi pengajian tinggi, pegawai-pegawai kementerian pendidikan, guru besar sekolah-sekolah tamil, guru-guru, ahli-ahli Lembaga Pengurus Sekolah, ahli-ahli PIBG, ahli badan-badan bukan kerajaan dan orang awam.

Sesi pertama forum telah bermula pada pukul 9.45 pagi dengan nyanyian Lagu NegaraKu dan Lagu Patriotik Bahasa Tamil.  Seterusnya Presiden Tamil Foundation Malaysia En.S.Pasupathy dan Dato A.Yogeswaran telah memberi ucapan aluan.  Forum diteruskan lagi dengan pembentangan kertas penyelidikan oleh empat panel yang dijemput iaitu Prof. N.S Rajendran, En.Muthusamy, Dr.Rajagobal dan En.Narayanasamy  yang dimoderasikan oleh Timbalan Presiden Tamil Foundation Malaysia En.C.M Thiraviam. Speaker pertama Dr.Rajagobal telah membentangkan kertasnya yang bertajuk ‘Masa depan Bahasa Tamil dan Sekolah Tamil’ dalam bentuk slide. Seterusya En.Muthusamy membentangkan tajuk ‘Sekolah Tamil ke arah kecemerlangan’. Speaker ketiga Prof. N.S Rajendran membentangkan tajuk ‘Peranan orang awam terhadap pembangunan sekolah Tamil’. Speaker terakhir En.Narayanasamy membentangkan tajuk ‘Peranan Ibu-Bapa dan Komuniti ke arah kecemerlangan murid’. Keempat-empat panel telah berkongsi pengalaman serta kajian mereka dan mencadangkan cara-cara penyelesaian kepada masalah yang membelenggu sekolah-sekolah Tamil dan murid-murid sekolah Tamil di Malaysia. Sesi pertama forum berakhir dengan sesi soal jawab yang dimoderasikan oleh En.C.M Thiraviam.



Forum dimulakan dengan pembentangan oleh LPS dan PIBG Sekolah Tamil Midlands dan Sekolah Tamil Simpang Lima. Pengerusi LPS Sekolah Tamil Midlands En.Uthayasooriyan telah menerangkan perjuangan mereka untuk mendapatkan 3 ekar dari pemaju i-city dan usaha ibu-bapa dan NGO untuk membina sekolah modal yang bertaraf tinggi. Beliau juga berasa amat bangga dengan komitmen komuniti dalam membina sebuah dewan konvensyen di sekolah tamil Midlands yang bertaraf hotel 5 bintang. Di akhir ucapannya, beliau menjemput semua pihak ke majlis perasmian sekolah tamil Midlands yang akan menjadi modal untuk semua sekolah tamil di Malaysia.

Seterusnya, pengerusi PIBG sekolah tamil Simpang Lima dan jawatankuasa kecil pasukan pembangunan sekolah yang terdiri daripada ibu-bapa menjelaskan projek mereka dalam membangunkan sebuah sekolah Tamil. Mereka menekankan modul ini sepatutnya menjadi inspirasi kepada semua dalam menyumbang ke arah pembangunan sekolah-sekolah Tamil.



Selepas makanan tengahari, sesi kedua forum bermula dengan tiga panel iaitu, En.S.Pasupathy, Dr.Ingkaran dan En.K Arumugam. En.S.Pasupathy membentangkan tajuk menuju kea rah anjakan paradigm yang menetapkan objektif dimana pencapaian 80% kelulusan di sekolah-sekolah Tamil dalam masa lima tahun. Dr.Ingkaran menyentuh isu ‘Berpusatkan  murid – Murid & Kreativiti’ dengan menekankan program-program untuk meningkatkan potensi murid-murid Tamil di sekolah Tamil. En.K.Arumugam membentangkan tajuk ‘strategi 5 tahun ke arah pencapaian 80% kelulusan’. En.K.Arumugam menerangkan  langkah-langkah strategi untuk mencapai 80% kelulusan di sekolah-sekolah Tamil.  Sesi kedua berakhir dengan sesi soal jawab. Pada pukul 5 petang forum diakhiri dengan minuman petang.

No comments:

Post a Comment