Tuesday 26 June 2012

Dewan Negara Sesi April – Mei 2012: Lembaga Pengelola Sekolah (LPS)

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DR. S. RAMAKRISHNAN

TARIKH : 25 April 2012 (Rabu)

 SOALAN

Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI PELAJARAN menyatakan statistik dan peratusan semua jenis sekolah yang mempunyai Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) di seluruh negara sehingga kini. Apakah tindakan kementerian untuk memastikan setiap sekolah di negara ini mempunyai LPS kerana arahananya sudah termaktub dalam Akta Pelajaran 1956 (seksyen 53).

 JAWAPAN

Tuan Yang Di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga kini sebanyak 1,214 buah sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang terdiri dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), Sekolah Mubaligh dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) mempunyai Lembaga Pengelola Sekolah (LPS). Di bawah subseksyen 53 (1) dan 53 (2) Akta Pendidikan 1996 [Akta 550] menetapkan bahawa tiap-tiap institusi pendidikan hendaklah mempunyai surat cara pengelolaan yang meliputi penubuhan LPS dengan seorang pengerusi. Namun demikian, subseksyen 53 (3) menyatakan bahawa subseksyen di atas tidak terpakai bagi institusi pendidikan kerajaan seperti Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan.

No comments:

Post a Comment